PENGASAS SEKOLAH

Pengasas Sekolah Kebangsaan Langgar

Sekolah ini didirikan pada 1326 tahun Hijrah bersamaan 1907 tahun Masihi. Diasaskan oleh seorang India Muslim dari Madras bernama Mastan Kope, sahabat baik kepada Sultan Ahmad Tajudin dan Sultan Abdul Halim.

Sedikit info asal usul En Mastan Kope. Bapanya dari Parsi/ Iran. Berhijrah ke Madras kerana berkahwin dengan perempuan Mamak/India Muslim. En Mastan datang ke Malaya dan bekerja di Istana Kedah semasa zaman Sultan Abdul Hamid

Beliau fasih berbahasa Inggeris. Beliau bermastautin di Langgar setelah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan.